Sabtu, 27 Disember 2014


IKAN PEKASAM TASEK RABAN

Assalamualikum.

Pekasam asli Negeri Perak.
Dibuat dari ikan-ikan segar Tasik Raban, Lenggong Perak.


Berat :Sepaket +-200gram.
JENIS IKAN
  • Loma
  • Lampam
  • Tenggalan
  • Selat
  • Sepat
  • Gelama (Air Masin)
#Semua ini ikan air tawar Tasik Raban dan Sungai Perak#.

Kelebihan Ikan Pekasam:


1. Mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
2. Perusahaan mendapat sokongan dari jabatan perikanan, Jabatan pertanian, FAMA.
3. Telah berkecimpung dalam industri pekasam lebih 20 tahun.

Diatas kelebihan yang terdapat pada Ikan Pekasam Tasek Raban ini, anda tidak perlu bimbang dengan kualiti, rasa dan yang paling pentingnya HALAL. sekali rasa pasti nak berkali-kali lagi. sangat enak walaupun dimakan hanya dengan nasi putih.

Kami menggunakan pek kedap udara untuk menjaga kualiti ikan dan supaya tahan lama. juga menyediakan pek VVIP ( bungkusan kotak) untuk dijadikan cenderahati/ doorgift dll.

INFO JUALAN

Perniaga online kena jujur dan memudahkan pelanggan bila mereka nak " window shopping",$$$$
Demi memudahkan pelanggn tuk mendpatkan info tanpa perlu tunggu 
" PM". Private Msg, saya siarkan........

Terima kasih kerana meminati menu istimewa Ikan Pekasam Segar dari Tasik Raban Perak.
1 paket dan ke atas = RM 5/ paket
(Tidak termasuk kos Penhantaran)

CAJ PENGHANTARAN 
S'menajung Malaysia















Sabah & Serawak Malaysia












KAWASAN PENGHANTARAN
Seluruh Malaysia di mana Pos Malaysia berada.

Jika tuan/puan berminat ...
Sila nyatakan jumlah Packet Ikan Pekasam untuk tempahan,
DETAILS YANG D PERLUKAN...
Nama :
Alamat Penuh :
No HP :
Jumlah Order :

Isnyallah kami akan segera menghantar menu istimewa ini kepada pihak tuan.

Maklumat Penjual.
Bumiaidil Enterpise
IP0421019-T
AIDIL SHAWAL BIN MOHMAD ROSLEE
No 13, JU 2, TAMAN JASA UTAMA,
68100 BATU CAVES SELANGOR

Tel: 019 2951438

"https://www.facebook.com/ikanpekasamtasekraban"

JENIS-JENIS IKAN AIR TAWAR


JENIS-JENIS IKAN AIR MASIN



JUALAN





RESEPI IKAN PEKASAM TASEK RABAN

Ikan Pekasam Tasek Raban...

Resepi Ikan Pekasam Tasek Raban...

Ikan Pekasam adalah hidangan lauk yang sedap dan menyelerakan. Ia sangat popular terutamanya di bahagian utara negara kita. Bagi yang minat makan ikan pekasam, sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tak adalah rumit dan susah. Senang sangat.

Cara Cara Mudah Buat Ikan Pekasam 

Bahan Bahan

Ikan
Biasanya orang buat ikan air tawar.Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Dan ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.

Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.

Beras
Beras ni disanga terlebih dahulu yer (goreng tanpa guna minyak). Dah siap sanga tumbuk sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan itu nanti.

Asam keping
Ada jugak orang yang tak letak asam jawa @asam keping ni. Sebabnya beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian.Tapi sebaiknya letaklah sebab resepi mak aku ajar macam tu. Hehehe.

Langkah Penyediaan

Setelah ikan siap dibersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais semalaman,

Kemudian ambil beras yang sudah di sanga dan tumbuk tu. Gaul dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.

Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.

Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.

Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.


Seminggu lepas tu try la masak ikan pekasam tadi.






MASAKAN IKAN PEKASAM

GORENG IKAN PEKASAM

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar* (lebih banyak lagi sedap)
3 biji bawang merah*
Minyak - untuk menggoreng

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ikan pekasam, biarkan sehingga garing. Bila ikan dah garing, masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi , gaul rata dengan ikan pekasam tadi, sambil di gaul pecah-pecahkan ikan pekasam tadi.....
Kacaukan ikan bersama bahan yang di hiris sehingga bawangnya garing. Setelah bawang & ikan elok garing, angkat masukkan ke dalam mangkuk hidangan.

Siap untuk di hidangkan. Selamat menjamu selera........jom makan